Friday 26 April 2013

PRINSIP REKA BENTUK

Assalamualaikum..hai semua...lame da xupdate bl0g..bz memanjang nie..smpai xckup tangan kaki..hehe..ari nie baru sempat nak berbl0g nie..ha..tajuk ape pulak kte ari nie nak bincang???..

prinsip reka bentuk???..ape tu???..rekabentuk pn ade prinsip jgk ke???..ofcourse la ade...prinsip nie kt mne2 pn ade..sebabnye prinsip tu dpt jdikan sesuatu benda lebih elok cantik dan tersusun...


Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual

Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi.

Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.

Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. 

Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk :



1. Keseimbangan
Kestabilan memberikan kesan
keseimbangan secara
psikologi.

Sebagai prinsip reka bentuk,
keseimbangan menempatkan komponen-komponen
visual dalam susunan yang menarik secara estetik.
terdapat 3 jenis keseimbangan iaitu
  • keseimbangan menegak
  • keseimbangan mengufuk
  • keseimbangan radius





2. Perspektif
Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan 

Perspektif memberikan makna hubungan
antara objek-objek yang dilihat dalam
suatu ruang













3. Harmoni
Harmoni bermakna semua komponen
imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain.


Harmoni menggabungkan komponen-komponen

suatu imej visual.

Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan
ritma.

Pengulangan menekankan unit-unit visual,
menyambungkan bahagian dan menghasilkan
satu kawasan perhatian.

Ritma merupakan pergerakan yang ditunjukkan
dalam satu visual. Ritma membantu
mengarahkan pergerakan mata.

Corak atau bentuk dapat membantu mencapai
harmoni. Dengan mengulangi corak dalam susunan yang
menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.










4. Kesatuan atau Paduan
Kesatuan merupakan hubungan di antara
elemen-elemen visual yang dapat
menjadikan elemen tersebut bersatu dan
bermakna. 

Ini bermakna, perkataan dan
imej bersatu dan menghasilkan makna
Kesatuan membantu menyusun suatu
imej visual, membantu interpretasi dan
pemahaman.




# Segala gambar yang disiarkan telah diambil dari image google...Oleh itu, dengan senang hati cikgu akan mengeluarkan sebarang gambar dari blog ini, apabila pemberitahuan daripada man-mana pihak bagi menuntut hak-hak mereka terhadapat gambar tersebut. Terima kasih.

sem0ga berjumpa lagi dipage yang lain...take care..





No comments:

Post a Comment