Sunday, 28 April 2013

ANTROPOMETRI

Assalamualaikum....hye semua..berjumpa lagi ke dengan izin-Nya...ari nie cikgu nak cite  
serba sedikit berkaitan dengan antrapometri...ha...tajuk ape pulak tu????


Antropometri ialah suatu ilmu yang secara khusus berkaitan dengan pengukuran tubuh 
manusia yang digunakan untuk menentukan perbezaan pada individu, kelompok, dan 
sebagainya.










Antropometri menurut Stevenson (1989) dan Nurmianto (1991) adalah satu kumpulan data secara numerik yang berhubungan dengan ciri fizikal tubuh manusia, ukuran, bentuk dan kekuatan serta penerapan dari data tersebut untuk menangani maslah rekabentuk.






Antropometri adalah mengkaji masalah tubuh manusia. maklumat ini diperlukan untuk merancang suatu sistem kerja agar menunjang kemudahan pemakaian, keamanan dan keselesaan dari suatu pekerjaan.


Antropometri berperanan penting dalam bidang perancangan industri, perancangan pakaian, ergonomik dan arkitek.


Faktor yang mempengaruhi antropometri ialah:

  1. Umur - bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua.
  2. Jantina - umumnya dimensi lelaki dan wanita ada perbezaan yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
  3. Etnik - setiap suku etnik mempunyai ciri fizikal yang berbeza antara sati sama lain.
  4. Sosio ekonomi -peningkatan sosio ekonomi sangant mempengaruhi bentuk tubuh manusia. pada nega maju dengan peningkatan sosio ekonomi yang tinggi, penduduknya mempunyai tubuh yang besar berbanding negara yang membangun.
  5. Posisi tubuh - posisi tubuh akan mempengaruhi ukuran tubuh bagi pengukuran yang standart.


Dimensi tubuh manusia untuk perancangan produk terdiri daripada 2 jenis iaitu bahagian struktur dan fungsi.


1. Antropometri Struktur

  • Pengukuran manusia pada posisi diam dan linear pada permukaan tubuh.
  • disebut juga pengukuran dimensi struktur tubuh dimana tubuh diukur dalam berbagai posisi standart dan tidak bergerak.
  • dimensi tubu yang diukur dengan posisi tetap termasuklah berat badan, tinggi tubuh dalam posisi berdiri dan duduk, ukuran kepala, tinggi atau panjang lutut pada saat berdiri atau duduk, panjang lengan dan sebagainya.                                     







  


2. Antropometri fungsi



  •       Antropometri fungisi adalah pengukuran keadaan dan ciri fizikal manusia dalam keadaan bergerak atau memperhatikan gerakan-gerakan yang mungkin terjadi sewaktu pekerja melaksanakan tugas.
  •       Hasil yang diperoleh merupakan ukuran tubuh yang akan berkait rapat dengan gerakan nyata yang dperlukan tubuh untuk melaksanankan kegiatan tertentu.


# Segala gambar yang disiarkan telah diambil dari image google...Oleh itu, dengan senang hati cikgu akan mengeluarkan sebarang gambar dari blog ini, apabila pemberitahuan daripada man-mana pihak bagi menuntut hak-hak mereka terhadapat gambar tersebut. Terima kasih.

semoga berjumpa lagi di lain page...wasalam...=)

1 comment:

  1. Salam cik.. boleh saya dapatkan maklumat lebih detail berkenaan pengukuran antropometri ni?..boleh email di ahmadruzaini01@gmail.com

    ReplyDelete