Sunday 24 February 2013

kreativiti!!!

assalamualaikum....pagi nie cikgu nk berkongsi cerita mengenai kreativiti...apa itu kreativiti????...ada sape2 taw x???...haa..best tajuk nie...nak taw orang2 yang kreatif????..cmne nk jadi kreatif???..nk dptkn idea kreatif???...dan yang paling penting apa sebenarnya maksud kreatif nie???..adakah kita memahami maksudnya???..ha..banyaknya pers0alan ye...


baiklah..j0m kita fahamkan maksud sebenar kreatif ini...
       
Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan ‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea.
Yayasan Inovasi Malaysia, 2010

maksud kat atas nie panjang sangat kan...yang pendeknya ialah..
kreatif = kebolehan menghasilkan idea baru

bagaimana nak jadi kreatif???..fahami rajah dibawah...



siapa yang sentiasa berfikiran kreatif???...

semua orang boleh menjadi seorang yang kreatif jika seseorang itu mengikuti langkah berfikir seperti diatas...contohnya seorang doktor merawat seorang pesakit..untuk mengelakkan pesakit sentiasa risau atau takut..seorang doktor perlu berfikiran kreatif untuk mendapatkan cara paling mudah supaya pesakit itu sentiasa tenang..
contoh yang lain...bagaimana guru dapat mengajar secara kreatif???..hasilnya dapat dilihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu...murid didalam kelas tersebut suka bertanyakan soalan dan mencari jawapan, menghubungkaitkan dengan apa yang telah berlaku, menjangkakan apa yang akan berlaku dan sebagainya...jika kesemua perkara ini berlaku didalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran...maka  guru dan pelajar mempunyai pemikiran yang kreatif untuk memberi dan mendapatkan sesuatu maklumat...

contoh gambaran pemikir yang kreatif...


Kreativiti seorang tukang masak memotong buah epal membentuk seekor rama-rama...

Seorang pelajar yang kreatif didalam menyiapkan tugasan pendidikan seni...

Jurugambar yang kreatif dalam menghasilkan sesebuah gambar yang kreatif...

Seorang pelukis yang kreatif dalam pemikiran untuk menghasilkan sebuah gambar yang bermakna...

kesimpulannya ialah...setiap orang mempunyai pemikiran yang kreatif..termasuklah diri cikgu sendiri..tetapi bagaiman hendak menghasilkan pemikiran yang kreatif???..kita perlu kaji diri kita sendiri..fikirkan dan fikirkan dan fikirkan...dimana potensi kita untuk menjadi seorang yang kreatif???..walau apa pun yang kita impikan...semoga setiap perkara yang anda lakukan diberkati oleh Allah s.w.t...sem0ga menjadi seorang yang kreatif bukan untuk diri sendiri sahaja..malah unutk ibubapa, masyarakat, negara dan juga agama...=)


# Segala gambar yang disiarkan telah diambil dari image google...Oleh itu, dengan senang hati cikgu akan mengeluarkan sebarang gambar dari blog ini, apabila pemberitahuan daripada man-mana pihak bagi menuntut hak-hak mereka terhadapat gambar tersebut. Terima kasih.


sem0ga berjumpa lagi jika diizinkan...wasalam...