Saturday 30 March 2013

elemen reka bentuk

Definasi elemen reka bentuk????...
>>> Merupakan unit asas dalam pembentukan sesuatu imej visual...
ha...faham x apa maksudnya???...unit asas nie kiranya benda-benda asas yang ada kat dalam sesebuah lukisan nie...Contohnya kt dlm lukisan mesti ada garisan, titik, bentuk, warna dll...




Elemen reka bentuk nie ada 6 jenis..cam gambar y kat ats nie la...titik..garisan..bentuk..nilai..tekstur...dan warna...

1. Titik
kat bawah nie...maklumat ringkas tentang elemen titik..ok???..bace la ye...




2. Garisan
elemen kedua ialah elemen garisan...


3. Bentuk
elemen seterusnya adalah elemen bentuk..terdapat pelbagai jenis bentuk...seterusnya maklumat ringkas ada dibawah...=)







4. Nilai
Nilai juga adlaah salah satu elemen didalam merekabentuk...




5. Tekstur
Tekstur adalah elemen yang kelima yang sentiasa digunakan dalam merekabentuk...ianay ditakrifkan sebagai ciri-ciri permukaan yang boleh dirasai melalui deria sentuhan...

Di dalam imej visual, tekstur sebenar dapat digunakan seperti kain, kotak, objek yang kecil dan item-item semula jadi...Tekstur boleh digunakan untuk memberikan penekanan kepada sesuatu kawasan agar ia lebih menonjol daripada yang lain...Contoh gambaran dibawah ini semuanya menggunakan bahan terbuang...





6. Warna


Warna merupakan komponen cahaya yang dipantulkan oleh objek yang kita lihat....Warna menarik perhatian kanak-kanak mahupun orang dewasa

Warna primer adalah merah, kuning dan biru....Ia dipanggil warna primer kerana ia tidak dicampurkan dengan warna lain...Mencampurkan mana-mana dua warna primer menghasilkan warna sekunder.....






Roda warna dihasilkan apabila warna-warna primer dan sekunder di letakkan di dalam satu bulatan
Warna yang bertentangan di antara satu sama lain pada roda warna dikenali sebagai warna pelengkap...

Jingga dan biru adalah warna pelengkap...



Kuning dan ungu adalah warna pelengkap...



Merah dan hijau adalah warna pelengkap...





Warna-warna pelengkap bila digunakan bersama akan menghasilkan kontras yang ekstrem....Apabila warna pelengkap digunakan bersama, ia menghasilkan imej yang sukar untuk dilihat pada sebarang jangka waktu

Kontras dapat dikurangkan melalui penggunaan selang satu warna pada roda warna seperti....Biru, merah dan kuning....Jingga, hijau dan ungu






 Kesan yang lebih harmoni dapat dicapai melalui warna-warna yang berhampiran antara satu sama lain pada roda warna....




Kaedah lain menyusun warna adalah melalui “suhu” warna....
Warna sama ada “garang” atau“dingin”....








Merah, jingga dan kuning adalah warna garang...



Biru, hijau dan ungu adalah warna dingin...













Okey..cukuplah maklumat untuk ari nie ye...harap maklumat ini berguna kepada yang membaca...segala gambar yang ditunjukkan cikgu cari dari google jer...

# Segala gambar yang disiarkan telah diambil dari image google...Oleh itu, dengan senang hati cikgu akan mengeluarkan sebarang gambar dari blog ini, apabila pemberitahuan daripada man-mana pihak bagi menuntut hak-hak mereka terhadapat gambar tersebut. Terima kasih.

Sekian..berjumpa lagi..wassalam...=)

No comments:

Post a Comment