Saturday, 30 March 2013

elemen reka bentuk

Definasi elemen reka bentuk????...
>>> Merupakan unit asas dalam pembentukan sesuatu imej visual...
ha...faham x apa maksudnya???...unit asas nie kiranya benda-benda asas yang ada kat dalam sesebuah lukisan nie...Contohnya kt dlm lukisan mesti ada garisan, titik, bentuk, warna dll...




Elemen reka bentuk nie ada 6 jenis..cam gambar y kat ats nie la...titik..garisan..bentuk..nilai..tekstur...dan warna...

1. Titik
kat bawah nie...maklumat ringkas tentang elemen titik..ok???..bace la ye...




2. Garisan
elemen kedua ialah elemen garisan...


3. Bentuk
elemen seterusnya adalah elemen bentuk..terdapat pelbagai jenis bentuk...seterusnya maklumat ringkas ada dibawah...=)







4. Nilai
Nilai juga adlaah salah satu elemen didalam merekabentuk...




5. Tekstur
Tekstur adalah elemen yang kelima yang sentiasa digunakan dalam merekabentuk...ianay ditakrifkan sebagai ciri-ciri permukaan yang boleh dirasai melalui deria sentuhan...

Di dalam imej visual, tekstur sebenar dapat digunakan seperti kain, kotak, objek yang kecil dan item-item semula jadi...Tekstur boleh digunakan untuk memberikan penekanan kepada sesuatu kawasan agar ia lebih menonjol daripada yang lain...Contoh gambaran dibawah ini semuanya menggunakan bahan terbuang...





6. Warna


Warna merupakan komponen cahaya yang dipantulkan oleh objek yang kita lihat....Warna menarik perhatian kanak-kanak mahupun orang dewasa

Warna primer adalah merah, kuning dan biru....Ia dipanggil warna primer kerana ia tidak dicampurkan dengan warna lain...Mencampurkan mana-mana dua warna primer menghasilkan warna sekunder.....






Roda warna dihasilkan apabila warna-warna primer dan sekunder di letakkan di dalam satu bulatan
Warna yang bertentangan di antara satu sama lain pada roda warna dikenali sebagai warna pelengkap...

Jingga dan biru adalah warna pelengkap...



Kuning dan ungu adalah warna pelengkap...



Merah dan hijau adalah warna pelengkap...





Warna-warna pelengkap bila digunakan bersama akan menghasilkan kontras yang ekstrem....Apabila warna pelengkap digunakan bersama, ia menghasilkan imej yang sukar untuk dilihat pada sebarang jangka waktu

Kontras dapat dikurangkan melalui penggunaan selang satu warna pada roda warna seperti....Biru, merah dan kuning....Jingga, hijau dan ungu






 Kesan yang lebih harmoni dapat dicapai melalui warna-warna yang berhampiran antara satu sama lain pada roda warna....




Kaedah lain menyusun warna adalah melalui “suhu” warna....
Warna sama ada “garang” atau“dingin”....








Merah, jingga dan kuning adalah warna garang...



Biru, hijau dan ungu adalah warna dingin...













Okey..cukuplah maklumat untuk ari nie ye...harap maklumat ini berguna kepada yang membaca...segala gambar yang ditunjukkan cikgu cari dari google jer...

# Segala gambar yang disiarkan telah diambil dari image google...Oleh itu, dengan senang hati cikgu akan mengeluarkan sebarang gambar dari blog ini, apabila pemberitahuan daripada man-mana pihak bagi menuntut hak-hak mereka terhadapat gambar tersebut. Terima kasih.

Sekian..berjumpa lagi..wassalam...=)

Sunday, 3 March 2013

Lakaran @ sketch???


assalamualaikum...kita berjumpa lagi kn..alhamdulillah..masih dipanjangkan umor..ari nie kita nak bincang ape pulak ye???..ari tue da cite tntang kreativiti kn..skrng cikgu nak cite sal lakaran pulak..

ape tu lakaran???..kalau dalam bahasa inggeris sketch???..what that???..who knows???..


lakaran@sketch 
=lakar, keterangan ringkas, sketsa, cacatan melakarkan, menggariskan secara/ ringkas, kasar...ha..nie maksud yang ringkas...

Penghasilan lukisan yang bersahaja (spontan), ringkas dan cepat...merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. ....nie mksud yang lebih detail...



sekarang da fahamkan maksud lakaran...so..ape lagi..try la cari idea awal dan luahkan di kertas kosong..hehe..selamat mencuba...

nie contoh lakaran yang cikgu kena buat..lect yang suruh..ade 30 jenis lakaran cikgu wat..cube tengok...bagi la komen ckit..ok ke id0k...hehe


Ha..cuba tgk lakaran yang cikgu buat nie..cikgu tulis nama penuh cikgu..norfarahain binti sahroni...dalam lakaran yang pertama nie..sume yang ada dalam lakaran tu..sume benda cikgu suka..yang paling cikgu sayang..nama cikgu..sebab mak dan abah yang bagi nama nie..walaupun arwah abah da xde..tapi nama abah tetap ada dengan nama cikgu..macam teddy bear tu..sebenarnye besa..tp cikgu bukan pandai sangat sketch..so dptla yang kecil je..hehe..


sume lakaran nie..cikgu lukis apa yang ada depan mata cikgu dan apa yang ada dalam fikiran..yang cikgu xske pn cikgu lukis sbb da xtaw nak lukis ape da..lukisan bawah sekali tu sume cikgu xsuka..katak yang menggelikan..lipas yang menak0tkan dan burung hantu yang menyeramkan yang slalu ada kt blakang umah..hehe..

j0m kte tgk lakaran orang2 yang hebat...tangan die c0nfrm lembut..idea die c0nfrm kreatif...lakaran lukisan die dah tentu sangat2 cantik!..
(gambar sume nie cikgu just amik dari google image je utk wat sebagai contoh)

simple tapi cantik!..kalau cikgu lukis pn blm tentu jadi camnie...

c0mel kan..sangat berimaginasi pelukis nie..

da mcm betul je..

tengok nie..sangat2 simple..tp blm tentu bleh dapat lukis yang sama...

dapat tunjukkan keadaan sebenar design yang diinginkan...

seperti realiti...

apa pun lakaran atau lukisan yang anda akan buat..semestinya ianya mempunyai makna yang mendalam bagi anda semua...setiap lukisan mempunyai maksud yang tersendiri..oleh itu..jika anda seorang pelukis yang hebat..teruskanlah dengan karya anda..dan jika anda amat meminati lukisan tetapi tidak pandai..anda masih boleh belajar dan belajar dan terus belajar untuk menghasilkan sebuah lukisan yang luar biasa...sem0ga anda berjaya dalam apa jua yang anda lakukan....

# Segala gambar yang disiarkan telah diambil dari image google...Oleh itu, dengan senang hati cikgu akan mengeluarkan sebarang gambar dari blog ini, apabila pemberitahuan daripada man-mana pihak bagi menuntut hak-hak mereka terhadapat gambar tersebut. Terima kasih.

wassalam...sehingga berjumpa lagi...=)

Sunday, 24 February 2013

kreativiti!!!

assalamualaikum....pagi nie cikgu nk berkongsi cerita mengenai kreativiti...apa itu kreativiti????...ada sape2 taw x???...haa..best tajuk nie...nak taw orang2 yang kreatif????..cmne nk jadi kreatif???..nk dptkn idea kreatif???...dan yang paling penting apa sebenarnya maksud kreatif nie???..adakah kita memahami maksudnya???..ha..banyaknya pers0alan ye...


baiklah..j0m kita fahamkan maksud sebenar kreatif ini...
       
Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan ‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea.
Yayasan Inovasi Malaysia, 2010

maksud kat atas nie panjang sangat kan...yang pendeknya ialah..
kreatif = kebolehan menghasilkan idea baru

bagaimana nak jadi kreatif???..fahami rajah dibawah...



siapa yang sentiasa berfikiran kreatif???...

semua orang boleh menjadi seorang yang kreatif jika seseorang itu mengikuti langkah berfikir seperti diatas...contohnya seorang doktor merawat seorang pesakit..untuk mengelakkan pesakit sentiasa risau atau takut..seorang doktor perlu berfikiran kreatif untuk mendapatkan cara paling mudah supaya pesakit itu sentiasa tenang..
contoh yang lain...bagaimana guru dapat mengajar secara kreatif???..hasilnya dapat dilihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu...murid didalam kelas tersebut suka bertanyakan soalan dan mencari jawapan, menghubungkaitkan dengan apa yang telah berlaku, menjangkakan apa yang akan berlaku dan sebagainya...jika kesemua perkara ini berlaku didalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran...maka  guru dan pelajar mempunyai pemikiran yang kreatif untuk memberi dan mendapatkan sesuatu maklumat...

contoh gambaran pemikir yang kreatif...


Kreativiti seorang tukang masak memotong buah epal membentuk seekor rama-rama...

Seorang pelajar yang kreatif didalam menyiapkan tugasan pendidikan seni...

Jurugambar yang kreatif dalam menghasilkan sesebuah gambar yang kreatif...

Seorang pelukis yang kreatif dalam pemikiran untuk menghasilkan sebuah gambar yang bermakna...

kesimpulannya ialah...setiap orang mempunyai pemikiran yang kreatif..termasuklah diri cikgu sendiri..tetapi bagaiman hendak menghasilkan pemikiran yang kreatif???..kita perlu kaji diri kita sendiri..fikirkan dan fikirkan dan fikirkan...dimana potensi kita untuk menjadi seorang yang kreatif???..walau apa pun yang kita impikan...semoga setiap perkara yang anda lakukan diberkati oleh Allah s.w.t...sem0ga menjadi seorang yang kreatif bukan untuk diri sendiri sahaja..malah unutk ibubapa, masyarakat, negara dan juga agama...=)


# Segala gambar yang disiarkan telah diambil dari image google...Oleh itu, dengan senang hati cikgu akan mengeluarkan sebarang gambar dari blog ini, apabila pemberitahuan daripada man-mana pihak bagi menuntut hak-hak mereka terhadapat gambar tersebut. Terima kasih.


sem0ga berjumpa lagi jika diizinkan...wasalam...